Tuesday, February 26, 2008

Workshop Jutawan Internet

Pada 24 Februari yang lepas, salah seorang ahli Bizarre Production, Muhamad Shahrizal bin Daud telah menghadiri Workshop Jutawan Internet bertempat di Hotel J.W.Marriot, Kuala Lumpur.Ia telah dikendalikan oleh Dr. Irfan Khairi, seorang jutawan internet yang berjaya dan juga merupakan pengarang buku "Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar",buku perniagaan internet yang terlaris di Malaysia.

Tujuan beliau mengikuti workshop tersebut adalah untuk mendapatkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang perniagaan internet yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan Bizarre Production.

Diharap, usaha ini dapat memberi idea-idea yang baru kepada kami sekaligus meningkatkan keberkesanan perniagaan kami yang masih mentah ini.Amin!

P/S: Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai workshop tersebut, sila layari website: www.RahsiaInternet.com

No comments:

Designed by Bizarre Production || Copyright © 2008